Sunday, October 25, 2015

Pokok Bunga Ruella Simplex atau Purple Shower

Antara bunga yang mak tanam adalah Ruella Simplex ataupun biasa dikenali sebagai "Purple Shower". Bunga ini berasal dari Amerika Selatan dan banyak ditanam di Malaysia sekarang.

Kalau lalu je kat Highway especially Lembah Klang, banyak sekali bunga Purple Shower ni dijadikan pilihan untuk menghiasi landskap. Bunganya bewarna ungu, daunnya tirus dan batangnya bewarna gelap. menariknya kata mak, bunga ni berbunga dari atas sampailah ke bawah..maksudnya bunga dia memang banyak.

Tumbuhan ini suka sangat pada cuaca panas. maka sesuai sangatlah dengan Malaysia ni, sebab itulah bukan main meriah lagi dia tumbuh.

Bunganya bewarna ungu, bau tiada.

Bunganya memang tumbuh sepanjang pokok, dari bawah sampailah ke atas.

Daunnya agak tirus 


Cantik kan? Bangun pagi-pagi dah berkembang...patutlah namanya purple shower

Yang ini jenis "Dwarf", pokoknya memang pendek separas 4 - 5 inci sahaja. Comel kalau dalam pasu.

Nampak! Cantik kan? Macam corak baju pun ye jugak,...hahahah

batangnya bewarna gelap.

Ni waktu awal pagi..bunganya masih malu-malu gitu...

Bunga ni memang jenis yang tahan lasak, lagi panas lagilah suka dia berbunga. Sesuai ditanam secara berkumpulan atau berbaris..barulah nampak kecantikan dia tu. Dari jauh dah nampak "ungu"..sesuai dengan nama. Baja setakat ni mak saya amik baja tahi kambing - kebetulan kami membela kambing juga, jadi advantages la di situ. Oh ya, mak saya ada juga menjual baja tahi kambing ni kepada para pelanggan yang nak menggemukkan pokok-pokok diorang.

yelah baja organik ni lagi elok dari baja kimia. Pokok-pokok jadi lebih segar, daun dan batangnya sihat berkilat...pagi-pagi bangun tengok bunga aduhai tenang hati...

Bunga ni biasa mak siram pagi, dan petang. tapi sejak musim hujan ni, mak memang tunggu je hujan turun sambil minum teh panas dalam rumah..kehkehkeh..

Semenjak dah berusia ni memang itu jela minat mak saya, pagi petang membelek pokok bunga dia. Anak mana tak nak mak dia happy kan? kalau boleh saya nak import bunga dari overseas dan buat tempat ala-ala sejuk macam Panda yang dipinjamkan negara China tu kan..biar mak saya tanam semua jenis bunga dia nak..tapi kosnya 20juta kan..maka kutelan air liur sahajalah..hahahha.

See you soon.